Saturday, December 15, 2007

Sesuatu yang tak Disangka

Sesuatu yang tak disangka sering kali mendatangi kita,
itukah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan....
kita asyik membicarakan persoalan hidup dan pilihan serta kejujuran semakin berkurang...
masih tiada bertemu jawapan......
walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan.....
Mengapa sering terjadi pilihan tak menepati.....
hingga amat menakutkan menghadapi masa depan......
seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus.

Sesuatu yang tak disangka......seringkali bukan pilihan sendiri.
Namun diriku akur dengan kehendak illahi.
Sebelum kata-kata dipanjangkan,terlebih dahulu saya dan keluarga serta rakan-rakan(palace of the golden horses) mengucap takziah pada sekeluarga KHOO TIAN LENG.
Laut yang biru berombak dengan tenang..........
Sedih dihati tidak begitu tenang...
Hanya berserah pada illahi apa kehendaknya........
Pena kata-kata akan meneruskan penceritaan kisah jalan kehidupan KHOO TIAN LENG di palace of the golden horses......


Hari pertama melangkah ke palace of the golden horses (training) senyumannya lebar kerana tanda kegembiraan dapat menemui sahabat baru. Tidak pernah terjumpa akan senyuman KHOO TIAN LENG yang tidak kedekut memberi senyuman bila berjumpa. Senyumannya membuat hati seseorang itu tenang. Lokasi pertama yang dijejaki Khoo Tian Leng di tempat yang amat diminatinya ialah CAFEHOUSE CAROUSEL RESTAURANT. Itulah satu-satunya tempat yang dia suka dari outlet lain.Bila terasa bosan di outlet lain dia pasti akan bertandang ke Carousel Restaurant. Memang tak dapat dinafikan cafehouse carousel restaurant adalah satu-satunya tempat dia bergurau dan berperang dengan sahabat. Malah dia begitu amat friendly. Tak hairanlah dia begitu ramai sahabat. Sewaktu training di cafehouse (carousel), dia tak pernah megeluh malah dia lebih cergas apa kerja yang diberi. Malah dia tak pernah melawan kata-kata.


Banyak kenangan manis tak dapat dilupakan semasa bersama dengan Khoo Tian Leng. Khoo seorang yang menepati pada janjinya. Apa yang kita ajar secara automatik dia cepat menangkap. Ada sekali saya bertanyakan pada dia."how ur training?"jawapan yang di beri amat simple saja....."I like". Setiap kali datang tempat kerja (carousel restaurant)dia tak pernah lewat walaupun seminit. Bila tiba saja OFF DAY ,dia begitu amat gembira. Kadangkala bila tiba saja off day dia akan balik ke Port Dickson. Disitulah satu-satunya istananya kerana dapat bertemu dengan ayah,ibu dan adik tercinta. Khoo Tian Leng anak yang kedua yang lahir pada 1 Febuari 1986(seremban). Sewaktu training di palace of golden horses ,Khoo tian leng tinggal bersama kakaknya. Khoo Tian leng traning di cafehouse selama 2 bulan. Bila habis training di cafehouse, berat hati nak melepas,kerana dia seorang yang baik hati dan budi amat sukar kita tafsirkan. Seterusnya Khoo Tian Leng meneruskan training di kin ma (chinese restaurant), Room Service, Housekeeping dan Front Office.


Hari terakhir Khoo Tian Leng di palace af Golden Horses pada 14 Julai 2007. Pada tarikh tersebut juga adalah yang amat ditunggu-tunggu.Kerana tarikh itu tidak dapat dilupakan pada dirinya, kerana Khoo tian Leng ada berkata...Tarikh tersebut adalah hari ulangtahun lahir ibunya. Itulah kasih sayang anak yang tak pernah melupakan ibu tersayang. Sewaktu hari terakhir training di palace of golden horses, tiada kata apa-apa pun pada sesiapa. Kerana dia tak ingin sahabatnya sedih. Setelah habis training di palace of golden horses,Khoo Tian Leng juga ada berkata akan berkerja permanent di cafehouse setelah selesainya belajar di kolej Genting. Itulah janjinya.


Walaupun lama tak jumpa Khoo Tian Leng, hanya telefon bimbit menjadi perhubungan kerana susah untuk jumpa sahabat yang mengerti akan perasaan seseorang. Khoo Tian Leng bukan seorang yang melupakan sahabat. Malah dia bukan seorang yang sombong. Sewaktu di palace of golden horses, waktu time break di cafestaff, makanan kegemaran yang amat digemari nya adalah buah betik dan salad. Itulah menu paling digemarinya. SABAH adalah satu destinasi yang dinanti-nanti Khoo Tian Leng pada tahun depan 2008, kerana dia berhasrat akan ke sabah untuk mendaki gunung Kinabalu.


Keinginannya tidak kesampaian. Hati siapa yang tak pilu .......kerana Khoo Tian Leng seorang yang amat lasak dalam bersukan. Bermacam sukan yang digemarinya. Khoo Tian Leng seorang yang sihat dan cergas. Walaupun Khoo Tian Leng pergi begitu sahaja namun budi hati nya akan dikenang selama-lamanya. Memang sukar untuk meneriama kenyataan sebenar. Airmata bercucuran dipipi apabila mendengar khabar yang tidak sebaik pada 30 nov 2007. 30 nov 2007 merupakan kejadian buruk yang menimpa pada Khoo Tian Leng. Pada 3 disember 2007 adalah hari terakhir Khoo Tian Leng menghembus nafasnya dan meninggalkan kita. Kerana sayang TUHAN ........aku pasrah akan ketentuannya. Hanya doa pegubat rindu.........

Dari sahabat mu
Mohamad Harris fasli Bin Ahmad (Sarawak)..........................!!!!!

No comments: